Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup. Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.
BAHAN-BAHAN
- 300 gram isi tiram
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1-2 sudu besar cili kering kisar
- Sos tomato
- Bawang besar
- Buah tomato
- Daun sup
PROSES PENYEDIAAN
- Cili kering digoreng hingga garing dan dikisar dengan pengisar kering
- Lumur tiram dengan garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan tiram dan goreng hingga hampir masak.
- Masukkan cili kering flakes dan sos tomato ke dalam tiram tadi. Akhir sekali, masukkan bawang besar, buah tomato dan daun sup.
No comments:
Post a Comment