Tuesday, 10 November 2020

KEPAH MASAK MERAH

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand

BAHAN BAHAN

  • Kepah dalam 1 kg
  • Bawang merah 2 ulas*,
  • Bawang putih 2 ulas*,
  • Halis sedikit (1 hiris)*,
  • Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
  • Cili boh @ cili kering,
  • Sos tiram 1 sudu,
  • Sos tomato 1 sudu,
  • Sos cili 1 sudu.
 

PROES PENYEDIAAN

  • Mula-mula bersihkan kepah. 
  • Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
  • Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
  • Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
  • Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
  • Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
  • Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
  • Seterusnya masukkan kepah.
  • Jika kepah suda terbuka dan  sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.

No comments:

Post a Comment