Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK LEMAK CILI API

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • 400g pepahat - dibersihkan
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 6 tangkai cili padi - ditumbuk halus
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Serbuk perisa

 

CARA PENYEDIAAN

  • Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan air.
  • Biarkan mereneh seketika. Masukkan pepahat.
  • Sesuaikan rasa dgn garam dan serbuk perisa. Sedia utk dihidangkan.
  • Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment