Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT SUDU SWEET SOUR

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • 500 Gram Pepahat
  • 4 Bawang Merah* - mayang halus
  • 3 Bawang Putih* - mayang halus
  • 1 inci Halia* - hiris memanjang
  • 2 batang Serai* - dititik
  • Cili Padi - diketuk, belah dua – suka hati nak berapa banyak
  • Cili Kisar -  terpulang nak pedas kena bubuh banyak
  • Cili Sos
  • Sos tomato
  • Sos Tiram
  • Garam, gula secukupnya.
  • Telur - optional

 

PROSE PENYEDIAAN

  • Basuh pepahat  bersih-bersih
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan bertanda *sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Biar sampai masak.
  • Masukkan kesemua jenis sos dan cili padi. Gaul rata.
  • Masukkan pepahat. Gaul sebati. (kalau kering sangat bolehlah tambah sedikit air)
  • Pecahkan telur. Gaul cepat-cepat.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment