Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut
BAHAN-BAHAN
- 500gm kg kekapis
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 batang serai, dititik
- 2 helai daun limau purut, dicarik kasar
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak
- daun ketumbar, hiris kasar
BAHAN KISAR
- 4 biji cili merah
- 4-5 biji cili padi
- 1/2 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MASAK
- Basuh kekapis dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
- Masukkan kekapis dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan taburkan daun ketumbar
No comments:
Post a Comment