Sunday, 8 November 2020

IKAN PARI MASAK TAUCHU

Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura spp./Dasyatis spp. adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.

BAHAN-BAHAN

  • 500gram isi  ikan pari
  • 2 sudu besar tauchu
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4 biji cili merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • 3 tangkai cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Lumur ikan pari bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
  • Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
  • Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.
  • Bila mendidih, masukkan ikan pari sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air. Siap

No comments:

Post a Comment