Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT@ SIPUT BULUH MASAK KICAP

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram pepahat
  • 2 batang serai (di ketuk)
  • Sebiji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • Kicap
  • 2 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • Daun bawang (untuk ditabur)

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris. Diikuti oleh serai. Tumis sehingga berbau wangi yang sedap.
  • Masukkan bawang merah. Masukkan Cili api dan diikuti oleh kicap. Kemudian add in sedikit air.
  •  Masukkan pepahat Gaulkan.
  • Tambahkan gula atau garam mengikut selera dan  dan tunggu sehingga masak.  Hidangkan dengan nasi panas panas

No comments:

Post a Comment