Monday, 9 November 2020

KEPAH SERAI BERCILI

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand

BAHAN BAHAN

  • 300 gram kepah (dibersihkan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1-2 sb cili kisar
  • 3-4 biji cili padi (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup


PROSES PENYEDIAAN

  • Tumis serai, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan cili padi. Tumis lagi.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kepah, daun sup dan daun limau purut. Gaulkan rata2 hingga masak. Boleh tambah garam dan gula jika perlu...

No comments:

Post a Comment