Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK PEDAS

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg pepahat
  • 2 sudu minyak
  • 2 helai daun limau purut

 

BAHAN TUMBUK :

  • 10 cili padi merah
  • 2 cili merah
  • 1/2 bawang  besar
  • 3 bawag putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula

 

CARA PENYEDIAAN

  • Bersihkan pepahat @ siput buluh untuk membuang pasir & selutnya
  • Panaskan minayk & tumis bahan tumbuk hingga harum
  • Masukkan pepahat & goreng hingga semua buluhnya terbuka & nampak isi dalamnya sudah keras
  • Tambah daun limau purut & sesuaikan rasa

No comments:

Post a Comment