Siput buluh atau pepahat juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
1/2 kilogram ambal (dicuci dan tos)
12 tangkai cili kering (dibuang biji, dikisar)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1sk asam jawa (ambil airnya)
garam dan gula secukupnya (biar ada rasa manis sikit la)
serbuk kunyit dan
garam untuk menggoreng
PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan serbuk
kunyit dan garam pada ambal.
Panaskan minyak,
goreng ambal seketika. Lebih kurang 5 minit. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak
yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga agak kering dan berbau wangi.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ambal dan goreng kaup terbalikkan hingga sebati.s
Sedia untuk dihidang dan dimakan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment