Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup. Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.
BAHAN-BAHAN
- 500 gram tiram
- 2 tangkai daun kari
- 3 bh cilii hijau potong 2
- 1/2 tomato potong2
BAHAN KISAR
- 4 biji Cili merah
- 6 biji cili api (boleh ditambah sesuai selera pedasnya)
- 7 biji belimbing
- 4 biji bawang merah
- 2 bh bawang putih
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- Daun kari
CARA PENYEDIAAN
- Cuci dan bersihkan tiram sampai benar-benar bersih.
- Hiris bawang merah dan bawang putih dan tumis dalam minyak panas.
- masukkan bahan kisar sehingga masak hingga harum kemudian masukkan tomato potong, cili potong, daun kari dan garam
- Masukkan tiram sehingga masak.
No comments:
Post a Comment