Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK BERCILI

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • Hirisan bawang hollan
  • Serai di belah atau ketuk
  • Bawang blend
  • Cili giling
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  • Air limau purut
  • Cili hijau buat tabur
  • Pepahat 500g

 

CARA PENYEDIAAN

  • Sediakan Kuali Bubuh Minyak Secukup Untuk Menumis
  • Tumis Hirisan Bawang Holland, Serai, Dan Bawang Blender. Dah Naik Bau Letak Cili Kisar Giling,
  • Dah Pecah Minyak Baru Masuk 3 Kawan Sos Dan Garam Sikit,
  • Letak Pepahat, Air Limau, Dan Cili.
  • Tunggu Dalam 6 - 8  Minit. Dah Masak. tak perlu lama kalau pepahat da berubah warna maksudnya masak la tu.
  • Jangan Terlebih Masak nanti dia liat sikit. Siap untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment