Sunday 8 November 2020

SELISIP MASAK SOS TIRAM

Selisip merupakan sepsis dalam keluarga kekapis. Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.

BAHAN-BAHAN

  • Isi selisip dealam 400 – 500 gram
  • Bawang merah 2 ulas (hiris)
  • Bawang putih 1 ulas (hiris)
  • Halia 1 inci (hiris)
  • Air yang terhasil dari lokan.
  • Sos tiram ( dah namany lokan masak sos tiram kan).
  • Minyak masak (sedikit sahaja, cukup sekadar menumis bawang n halia)

 

CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bawang merah, putih dan halia. Tumis sehingga agak keperang-perangan.
  • Masukkan sos tiram.
  • Sehingga nampak agak mendidih baru lah masukkan selisip.
  • Gaulkan selama 4/5 minit, kemudian bolehlah dihidangkan panas-panas

No comments:

Post a Comment