Tuesday, 10 November 2020

KUPANG MASAK TUMIS KUNYIT

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN BAHAN

  • 300 gm isi kupang
  • 2 biji bawang merah
  • 3  ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air Garam secukup rasa
  • Cili padi/ api kalau nak rasa pedas

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Bersihkan kupang dan ambil isi sahaja dan kupas semua bawang dan kunyit hidup .
  • Tumbuk lumat semua bawang dan kunyit . 
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dan serai, kacau biar sampai bawang layu 
  • Kemudian masukkan sos tiram, pepahat, garam dans edikit air untuk kuah .
  • Masak dan siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment