Tuesday, 10 November 2020

KEPAH MASAK BEREMPAH

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN BAHAN

  • 1 kg kepah - direndam dalam air terlebih dahulu untuk mengeluarkan pasir
  • 3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kiub ikan bilis

 

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 labu bawang besar
  • 1 inci halia - di mayang
  • 10tangkai cili kering - direndam dalam air panas hingga lembut
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai - di mayang halus

 

CARA PENYEDIAAN

  • Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan pula serbuk kari, kiub ikan bilis dan daun kari. Kacau hingga rata.
  • Seterusnya masukkan kepah, kacau rata dan tutup kuali sebentar hingga kulit lala terbuka dan sebati dengan kuah. Rasakan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
  • Jika inginkan kuah yang lebih bolehlah di tambah sedikit air dan setelah masak masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment