Friday, 13 November 2020

KEKAPIS MASAK LEMAK

Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kekapis | cuci bersih dan toskan
  • Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
  • 1 batang serai | titik
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 hirisan halia
 

CARA PENYEDIAAN

  • Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
  • Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
  • Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
  • Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah masak, tutup api dan hidangkan

No comments:

Post a Comment