Saturday, 14 September 2019

LOKAN MASAK SOS PADANG


BAHAN BAHAN
200gm isi Lokan
10 biji cili merah segar - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisa
4 ulas bawang putih - dikisar
1/2 sudu teh belacan, dibakar dan dikisar
1 cm halia - dikisar
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang, buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor dan belah belakangnya.

2. Tumiskan  bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing, masukkan udang,kacau hingga berubah warna.

3. Tambahkan air, masak sambil sesekali dikacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa, teruskan memasak sehingga kuah sedikit pekat. Sajikan bersama nasi putih.


LOKAN MASAK BERLADA


BAHAN BAHAN
300gram isi lokan
1 ulas bawang besar di mayang
2 ulas bawang putih
1 inci Halia di hiris halus memanjang
2 batang serai di titik
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang putih dan halia

2. Masukan cili giling, tumis sampai pecah minyak, masukan serai, sos tiram garam dan serbuk perasa. 

3. Kemudian masuk kan lokan berkenaan.Saya tambah belimbing buluh beberapa biji, Tomato dan Lada besar.Kalau nak pedas lagi bole tambah cili.

4. Kacau sehingga masak. Boleh di hidang. Rengkas dan sedap 

Selamat Menjamu selera 

LOKAN MASAK KUNYIT

BAHAN-BAHAN
Isi lokan secukupnya
2 biji bawang putih - dihiris halus
3 biji bawang merah- dihiris halus
sedikit halia-  dihiris halus
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
lada hidup dan bawang besar, dipotong- potong
minyak untuk menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris hingga kekuningan.

Masukkan isi lokan, garam dan serbuk kunyit.

Akhir sekali, tambahkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

LOKAN MASAK CILI

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

BAHAN-BAHAN
  • 300gm isi lokan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci belacan dan 1/2 cawan air, larutkan
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing. 
  • Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata da n biar kuah pekat. 
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.siap

MASAK LEMAK REBUNG + LOKAN


BAHAN-BAHAN

Lokan (direbus kejap dan ambik isinya)

Rebung (direbus kejap dan toskan. aku guna rebung yang fresh)
Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, cili besar merah ditumbuk
Santan
1 keping asam keping
Daun kunyit (dihiris halus)
Garam dan perasa secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA
Satukan santan, bahan yang dikisar ke dalam periuk. Pasang api.

Bila santan dah mula mendidih, masukkan terus rebung.

Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan asam keping.

Lepas tu masukkan lokan dan diikuti garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan daun kunyit.

Biarkan sebentar dan siap!

LOKAN TUMIS CILI PADI


BAHAN-BAHAN

400 gram isi lokan

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dibelah-belah kecil )
1 biji cili hijau, 1 biji cili merah dan sedikit halia (dihiris)
Garam secukup rasa.
sedikit minyak untuk menumis dan secawan air.
1-2 sudu besar cili kisar ( nak letak boleh taknak pun takpe, saya letak sesudu jgn tidak he he..)

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing. masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.

Bila dah garing masukkan secawan air diikuti dgn bahan-bahan yang dihiris. Biar mendidih.

Masukkan lokan yang telah di cuci bersih dan tutup sebentar. Rupa lokan tu cam gambar kat bawah ni.

Selepas lebih kurang 3 minit buka tudung dan boleh lihat kulit lokan dan terbuka..dah masak la tu..kacau sekejap bagi bahan2 lain mesra dgn lokan tu...

Bila dah masak boleh lah dihidangkan panas...selamat mencuba.

RESEPI LOKAN PETAI


BAHAN-BAHAN

Lokan ~ Buang Kulit ~ Kalau Lokan Tu Besar Boleh Belah 2

Lada Besar (Merah Dan Hijau) ~ Dihiris
Bawang Merah ~ Dihiris
Bawang Putih ~ Dihiris
Halia ~ Dihiris
Bunga Kantan ~ Dihiris
Asam Keping / Air Asam
Garam
Bahan Perasa
Minyak Masak Utk Menumis
Petai
Air

CARA-CARANYA
1- Panaskan Minyak
2- Masukkan Bawang Putih.Tumis Hingga Naik Bau
3- Kemudian Masukkan Bawang Merah
4-Masukkan Halia
5- Masukkan Lada Besar Yang Telah Dihiris Tadi
6- Kacau Sebati.Kemudian Masukkan Lokan Yang Telah Dibasuh Bersih Tadi
7-Tambahkan Sedikit Air (Jangan Terlalu Kering).Kalau Suka Kuah   Banyak,Tambah Banyak Air.Ikut Citarasa Masing-Masing
8- Letak Petai Dan Kacau Sebati
9- Tambahkan Sedikit Garam Dan Bahan Perasa
10- Masukkan Bunga Kantan
11- Letak Air Asam / Asam Keping
12-Apabila Dah Empuk Lokan Tadi / Dah Masak Boleh La Di Angkat Dan Siap Untuk Dihidangkan.

LOKAN SAMBAL SERAI

BAHAN-BAHAN
1 bungkus Siput Lokan ( app. 1 kg )
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
3 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

CARA CARA
1. Lokan di rendam seketika dan toskan.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, serai dan halia. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar dan sedikit air dan biarkan hingga cili masak. Masukkan sos tiram, garam dan gula.

4. Gaul rata, masukkan lokan tadi. Kacau dan tutu periuk / kuali tadi. Sesekali kacau dan balikkan lokan di dalam periuk/ kuali.

5. Apabila kulit lokan sudah terbuka, menandakan sudah masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.

Friday, 13 September 2019

RENDANG LOKAN PAKU

BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan isi lokan
1 helai daun kunyit, hiris halus

2 helai daun limau purut
1/3 cawan santan pekat
1 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak kelapa untuk menumis (boleh guna minyak masak biasa)


BAHAN KISAR HALUS 
5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA 
Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali, tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi`

Masukkan cili kisar, daun limau purut dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.

Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata dan kecilkan api, masak hingga pekat.


Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.

Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ketupat atau lemang.


SAMBAL DAGING PETAI


BAHAN BAHAN
Petai
Daging - dihiris nipis
Bawang merah - untuk tumis
Bawang putih - untuk tumis
Cili mesin
1 ulas bawang besar size M - dikisar
1 cawan santan
Garam
Gula
2 keping asam gelugor

CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan bawang kisar. Biarkan mereneh sekitar 5 minit.

3. Masukkan cili mesin. Masukkan gula dan asam gelugor. Renehkan selama 15 minit supaya cili masak.

4. Masukkan daging. Renehkan 10 minit di dalam sambal. 

5. Masukkan santan. Biarkan mereneh hingga daging empuk. Masukkan hirisan petai. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak lagi 10-12 minit.


KAMBING MASAK MANIS

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing

BAHAN KISAR
4 biji bawang besar
1 biji bawang putih (6-7 ulas)
2 batang serai
1-2 inci Halia
sedikit lengkuas
10 tangkai cili kering

LAIN-LAIN
1 biji tomato (dadu)
tomato puree (1/2 tin)
2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 cawan gula pasir atau secukupnya
1@ 1/2 tin susu cair
rempah 4 sekawan
garam dan serbuk perasa(optional) secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA MASAK
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau

Masukkan tomato dadu, tomato puree, rempah 4 sekawan, serbuk perasa (optional)

kemudian masukkan pula sos cili, sos tomato serta susu cair dan garam. dah naik minyak, masukkan daging kambing. air dari daging akan keluar, so, x perlu tambah air dlm masakan ini.

masaklah hingga daging empuk.

KAMBING KUZI

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih

2. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat.

3. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

KAMBING BLACK PEPPER

BAHAN BAHAN
600 gram daging kambing
2 inci halia, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning), dipotong kiub
5 tangkai bunga bawang, contoh di sini (optional), dikerat pendek, cuci dan toskan
1 camca teh penuh tepung jagung*
3 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN SOS
2 camca besar penuh sos tiram
2 camca besar kicap lemak manis
1 camca besar lada hitam, ditumbuk hancur
1/4 camca teh minyak bijan (optional)
4 camca besar air panas

CARA MEMBUATNYA
1. Daging kambing dihiris nipis. Masukkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga rata. Perap 10 minit, kendian cuci hingga bersih dan toskan. Gaul dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk halus. Perap 30 minit (simpan dalam peti sejuk)

2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 4 camca besar. Goreng daging yang diperap tadi hingga berubah warna. Tuang air dan kacau rata, masak hingga daging empuk. Sementara itu satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau rata. Masukkan ke dalam kuali berisi daging dan gaul hingga rata.

3. Tambah bunga bawang dan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut, masukka traffic light capsium, kacau rata. Masukkan sedikit lagi air jika suka masakan berkuah.

4. Tambah bancuhan tepung jagung dan kacau rata hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas

KAMBING BBG


BAHAN BAHAN
6 keping tulang rusuk kambing |  di cuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
3 sudu makan madu
1 biji kentang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Holland | panggang

CARA MEMASAK
1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.

2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap  sekurang-kurangnya  dua jam. Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.

KARI KAMBING


BAHAN BAHAN
2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
2 biji tomato, potong 4
6 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
1 senduk minyak, untuk menumis

Bahan untuk dibancuh dengan air:
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kurma daging
2 sudu besar kerisik

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 batang cengkih

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.

2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.

3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.

4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.

5. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.

6. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.