Saturday 14 September 2019

LOKAN TUMIS CILI PADI


BAHAN-BAHAN

400 gram isi lokan

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dibelah-belah kecil )
1 biji cili hijau, 1 biji cili merah dan sedikit halia (dihiris)
Garam secukup rasa.
sedikit minyak untuk menumis dan secawan air.
1-2 sudu besar cili kisar ( nak letak boleh taknak pun takpe, saya letak sesudu jgn tidak he he..)

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing. masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.

Bila dah garing masukkan secawan air diikuti dgn bahan-bahan yang dihiris. Biar mendidih.

Masukkan lokan yang telah di cuci bersih dan tutup sebentar. Rupa lokan tu cam gambar kat bawah ni.

Selepas lebih kurang 3 minit buka tudung dan boleh lihat kulit lokan dan terbuka..dah masak la tu..kacau sekejap bagi bahan2 lain mesra dgn lokan tu...

Bila dah masak boleh lah dihidangkan panas...selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment