BAHAN A :
8 keping roti putih (dikoyakkan kepada kecil)
1 tin susu cair
1 cawan air (boleh juga guna susu segar)
1/2 cawan susu manis (150g)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
BAHAN B :
1 peket agar-agar serbuk (10-12g)
2 cawan air
1 cawan gula halus
BAHAN C :
2 sudu besar majerin/mentega
3 sudu besar serbuk koko - diayak
12-15 keping biskut Oreo - patah2kan bersama krimnya
sekali
CARA-CARA
1) Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar
halus dan ketepikan.
2)Masak bahan2 B hingga larut dan mendidih lalu
campurkan bahan yang dikisar tadi dan masak lagi hingga sebati dan
pekat.Masukkan majerin/mentega, kacau dan matikan api.
3) Ambil 2/3 adunan dan campurkan dengan serbuk
koko dan kacau sebati. 1/3 bahagian lagi dibiarkan putih.
4) Basahkan loyang, tuang 1/2 bahagian adunan
koko dan ratakan, masukkan ke dalam freezer utk 2-3 min.
5)Keluarkan loyang lalu tuangkan separuh adunan
puding putih ke atas lapisan koko,taburkan biskut oreo dan tuang lebihan adunan
putih menutupi biskut oreo tadi.Masukkan lagi loyang ke dalam freezer untuk 2-3
min lagi.
6) Keluarkan loyang semula dan tuang lebihan
adunan koko dan ratakan.Simpan dalam peti ais bahagian pendingin/chiller untuk
didinginkan.
No comments:
Post a Comment