Friday 13 September 2019

AKOK BERLAUK

BAHAN BAHAN
10 biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak masak

BAHAN INTI:
500gm isi ayam | dihiris
100gm rempah kerutuk
1 biji bawang besar | dikisar
2cm halia | dikisar
2cm lengkuas | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
2 batang serai | dikisar
1 liter santan | dikisar

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat intinya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.

3. Selepas itu masukkan rempah kerutuk. Kacau rata sehingga garing.

4. Kemudian masukkan isi ayam dan santan. Kacau rata sehingga mendidih dan kering.

5. Angkat dan ketepikan.

6. Untuk membuat kulit akok, telur, tepung gandum dan gula dipukul serentak sehingga kembang.

7. Selepas itu sapukan sedikit minyak di dalam acuan. Letakkan adunan ke dalam acuan dan masukkan inti.

8. Bakar sehingga masak. Enak dinikmati ketika masih panas.


No comments:

Post a Comment