Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM TERIYAKI

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM TERIYAKI:



BAHAN BAHAN
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

BAHAN-BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.

Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.

Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.


Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI MAKARONI CHEESE

HIDUP BERDIKARI: RESEPI MAKARONI CHEESE:



Makaroni /ˌmækəˈroʊni/ adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit,berasal dari Itali, dibuat daripada gandum durum, biasanya tanpa telur. Ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.


Beberapa mesin rumah boleh membuat bentuk makaroni, tetapi, seperti kebanyakan pasta, makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar. Bentuk melengkung disebabkan oleh kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin. Di Amerika Utara, makaroni yang paling biasa didapati ialah bentuk siku 
MAKARONI CHEESE
BAHAN BAHAN
Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto
boleh la nak tmbah..udang ke..sayuran ke..ikut selera..

CARA-CARA MEMASAKNYA:
Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh

Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree

masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak

Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar

Bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE:



Spaghetti (Itali: [spaˈɡetti]) adalah pasta yang panjang, nipis, silinder, pejal. Seperti pasta lain, spaghetti diperbuat daripada gilingan gandum dan air. Spaghetti Itali diperbuat daripada semolina gandum durum, tetapi di tempat lain ia boleh dibuat dengan tepung jenis lain.

Pada asalnya, spaghetti adalah sangat panjang, tetapi jenis lebih pendek semakin popular pada separuh akhir abad ke-20 dan kini spaghetti paling biasa didapati dalam 25–30 cm (10–12 in) panjang. Pelbagai menu hidangan pasta berdasarkannya.

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK


BAHAN-BAHAN
2 sudu  minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yang diparut

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya

Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.

Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam

HIDUP BERDIKARI: RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG

HIDUP BERDIKARI: RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG:



Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis" Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang 



RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG
BAHAN BAHAN

BAHAN A:
Bentarang (sejenis siput) / siput kemudi
Batang pisang 2 kaki(diambil empulur ditengah batang (bahagian
yg lembut) dan sebaiknya ambil batang pisang dari pokok yg belum
berbuah kerana ianya lembut. Anak pokok pisang setinggi ¾ kaki
adalah terbaik.)di potong panjang 1 inci dan direndam di dalam air
kunyit selama 15 minit utk menghilangkan getahnya.

BAHAN B (DIREBUS):
Serbuk kari ikan kering 1 peket
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 sudu kecil cili serbuk
½ cawan pati santan
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 batang serai (dikatuk)

BAHAN C (DITUMIS):
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 sudu besar minyak masak
Sehelai daun kari

PROSES MASAK
Mentarang/siput kemudi diproses dan ambil isi

Bancuh serbuk kari ikan kering dengan 1 cawan air.

Rebuskan batang pisang di dalam santan bersama bawang yang

ditumbuk, serbuk cili, serai dan serbuk kari yang telah dibancuh tadi sehingga mendidih.

Masukkan isi bentarang / isi siput kemudi dan biarkan mendidih sekejap.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Serentak, Tumis bahan-bahan C sehingga garing pada kuali yg lain.

Tuangkan bahan C yang telah ditumis termasuk minyaknya ke  dalam bahan yang direbus tadi dan kacau biarkan mendidih.

Hidangkan panas-panas



HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM HIJAU

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM HIJAU:



Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.

RESEPI NASI AYAM HIJAU


BAHAN BAHAN
2 ketul ayam (mana-mana bahagian yang disukai)
2 pokok daun sup
6 ulas bawang putih
1 sudu makan garam (atau secukup rasa)
6 sudu makan minyak zaitun
1.5 pot beras
Segenggam cili padi
Belacan secukup rasa
Jus dari 1 biji limau nipis
Gula secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat
Hirisan tomato/timun/daun salad

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan daun sup (buang akarnya), 4 ulas bawang putih, minyak zaitun & garam secukup rasa ke dalam blender dan mesinkan hingga sebati, tetapi jangan terlalu halus. Jika perlu, masukkan sedikit air sekadar cukup untuk blender berfungsi. Bahagikan pes hijau ini kepada 3 bahagian.

Tanggalkan kulit ayam (jangan dibuang, kulit ayam akan diguna untuk memasak nasinya). Gunakan 1 bahagian pes hijau untuk dilumur pada ayam. Kemudian, grill kedua-dua ketul ayam yang telah diperap tadi. Boleh juga dimasukkan ke dalam pan (tanpa minyak) dan dimasak atas kepanasan sederhana sambil membalik-balikkan ayam sampai  ayam masak luar dalam.

Untuk membuat nasinya, panaskan periuk nasi dan masukkan kulit ayam. Masak sehingga keluar minyaknya dan kulit ayam bewarna perang. Kemudian, masukkan 1.5 pot nasi, diikuti air (mengikut sukatan beras anda). Setelah nasi masak, gaulkan 1 bahagian pes hijau tadi ke dalam nasi dengan menggunakan garpu.

Untuk membuat sambalnya, tumbuk cili api, 2 ulas bawang putih, belacan, garam & gula. Setelah lumat, tambahkan jus limau nipis dan 1 sudu makan minyak zaitun. Kemudian, masakkan sambal atas api sederhana selama 5 minit.

Untuk menghidang, sendukkan nasi, atur sayur-sayuran dan sambal ke dalam pinggan, beserta ayam. Untuk setiap ketul ayam, sapukan baki pes hijau ke atasnya, beserta 1 sudu makan kicap pekat.

HIDUP BERDIKARI: AYAM SWEET AND SOUR

HIDUP BERDIKARI: AYAM SWEET AND SOUR:



Sweet and Sour adalah istilah generik yang merangkumi pelbagai gaya sos, masakan dan kaedah memasak. Digunakan secara umum di China, ia telah digunakan di England sejak Abad Pertengahan, dan kekal popular di Eropah dan di Amerika.

RESEPI AYAM SWEET AND SOUR
BAHAN BAHAN
 300g dada ayam, potong dadu
 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.

Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.

Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat.

Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM GORENG BIJAN

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM GORENG BIJAN:



Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

RESEPI AYAM GORENG BIJAN

BAHAN BAHAN
4 ketul paha ayam
1 sudu kecil tepung jagung
3 keping biskut – tumbuk halus
1 sudu kecil bijan
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 cawan minyak masak
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibuang tulang dan kulit kemudian dipotong kecil sebelum dibersihkan dan dituskan.

Gaulkan isi ayam dengan sos tiram, kicap, garam, gula dan serbuk lada sulah, kemudian perap selama dua jam.

Tepung jagung dicampur dengan biskut tumbuk dan bijan sebelum digaul hingga rata dengan ayam.

Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM PERCIK

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM PERCIK:



 Ayam panggang ialah ayam yang disediakan sebagai makanan dengan kaedah memanggang sama ada di dapur rumah, di atas unggun api atau di rotisserie profesional. Lazimnya, ayam dipanggang di dalam lemak dan jusnya dengan menggolek atau memutarkan ayam tersebut ketika dipangggang, dan selalunya didedahkan kepada api atau haba dengan gril berputar supaya pergerakan lemak dan jus tadi adalah efisyen seboleh mungkin dan tidak mengeringkan ayam Ayam panggang ialah satu juadah yang boleh didapati dalam masakan seluruh dunia., bukan direbus) supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.


RESEPI AYAM PERCIK
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
1 liter santan
10 batang serai di titik
6 cm lengkuas di hiris
1/2 helai daun kunyit di hiris halus
1 sudu besar gula merah
garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:
 3 tangkai cili merah
 4 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 2 1/2 cm halia
 2 1/2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
 1 sudu teh halba

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.

Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.

Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
Kacau dan balik-balik ayam selalu.

Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.

Letakkan ayam panggang di atas pinggan.

Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.

Angkat kuah dan siram ke atas ayam.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI STEW DAGING

HIDUP BERDIKARI: RESEPI STEW DAGING:



Masakan rendidih atau stu merupakan paduan ramuan makanan pejal yang dimasak dalam cecair lalu dihidangkan dalam kuah yang terhasil. Ramuan-ramuan dalam stu boleh termasuk mana-mana paduan sayur-sayuran (seperti lobak, kentang, kacang, lada, tomato dsb.), daging, terutama sekali daging-daging keras sesuai untuk dimasak perlahan seperti daging lembu. Ayam itik, sosej dan makanan laut juga digunakan. Air boleh digunakan sebagai cecair untuk memasak stu, begitu juga dengan pati dan minuman keras seperti wain dan bir. Perasa dan bahan perisa juga boleh ditambahkan. Stu biasanya dimasak pada suhu yang agak rendah (iaitu direneh, bukan direbus) supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.

RESEPI STEW DAGING
BAHAN BAHAN

250gm daging dipotong dadu
2 sudu teh bawang merah cincang
1 biji lobak merah dipotong dadu
1 batang seleri dipotong dadu
1.25 liter
2 sudu makan minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bawang merah cincang, lobak merah dan seleri. Kacau berterusan sehingga bahan menjadi lembut dan kuning keemasan selama lapan hingga 10 minit.

Kemudian masukkan brown stock dan daun salam. Masak sehingga mendidih.

Apabila telah mendidih, masukkan daging yang dipotong dadu dan didihkan sehingga daging lembut. Perlahan api.

Akhir sekali, rasakan secukupnya

HIDUP BERDIKARI: RESEPI RENDANG AYAM

HIDUP BERDIKARI: RESEPI RENDANG AYAM:



Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik.

RESEPI RENDANG AYAM
BAHAN BAHAN
2 ekor ayam
1 kg bawang merah di hiris
3 labu bawang putih di hiris
4 inci halia di hiris
4 batang serai di titik
4 kg santan
2 keping asam keping
kayu manis
buah pelaga
bunga lawing
garam
gula
daun kunyit
kerisik

BAHAN BAHAN KISAR
4 inci lengkuas di tumbuk
2 inci kunyit hidup di tumbuk
4 senduk cili kisar

PROSES PENYEDIAAN
Pertama-tama panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris dan serai sehingga wangi.

Lepas tu, masukkan cili kisar dan kunyit beserta lengkuas dan tumis sehingga benar-benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga kecut.

Masukkan santan dan masak dengan api perlahan je.

Terakhir, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa, dan masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM:



Spaghetti (Itali: [spaˈɡetti]) adalah pasta yang panjang, nipis, silinder, pejal. Seperti pasta lain, spaghetti diperbuat daripada gilingan gandum dan air. Spaghetti Itali diperbuat daripada semolina gandum durum, tetapi di tempat lain ia boleh dibuat dengan tepung jenis lain.


RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM
BAHAN KISAR
200 gram spaghetti yang belum direbus  6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Rebus spaghetti hingga lembut, toskan

Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.

Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM BLACK PEPPER

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM BLACK PEPPER:



Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008


RESEPI AYAM BLACK PEPPER

BAHAN-BAHAN   
400 gm ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam (Dikisar Kasar)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN PERAP
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam selama 30 minit.

Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitamsehingga naik bau.

Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.

Masukkan ayam dan gaul hingga sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM BEREMPAH

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM BEREMPAH:



Nasi ayam Hainam (Hanzi: 文昌雞, hanyu pinyin: wénchāngjī) merupakan masakan Tionghoa yang sering dikaitkan dengan masakan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara tetangga Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainam yang dinamakan demikian karena berasal dari tradisi seni memasak Hainan dan penerapannya oleh populasi orang Tionghoa perantauan suku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia dan Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kanton ditambah lagi dengan citarasa masakan di Asia Tenggara.

RESEPI NASI AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN   

4-5 ketul ayam peha ayam
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili,
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia-dikisar
2 batang serai-dikisar
Garam secukupnya.

UNTUK SUP
Bahagian ayam yang bertulang
1 inci halia
3 ulas bawang putih Sup bunjut
Garam/gula secukup rasa,

UNTUK NASI
Beras 2 pot
1 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang merah-dimayang
1 inci halia-diketuk
Kuah sup secukupnya untuk memasak nasi.


PROSES PENYEDIAAN

UNTUK AYAM: Semua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadi dan perap selama 1/2 jam lebih lama lagi sedap. Goreng dengan minyak yang banyak.

UNTUK SUP: Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau. Masukkan air, cukup untuk masak nasi dan kuah sup. Masukkan bahagian ayam yang bertulang sampai mendidih.

UNTUK NASI: Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega, masukkan bawang merah, bawang putih, halia. Tumiskan hingga kekuningan dan masukkan beras dan ambil kuah sup tadi cukup untuk 2 pot beras. Boleh juga tambah sedikit kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.

TAMBAHAN: Untuk sos 1 biji buah tomato 4 biji cili padi 1 biji cili merah. Sedikit gula dan garam. Sedikit kuah sup boleh juga ganti dengan cuka. Ikut citarasa. Blend kesemua bahan diatas. Untuk kicap: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tomato Sedikit kuah sup Campurkan kesmua bahan-bahan diatas.