Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING:



Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.


RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:

2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya

BAHAN KISAR:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering

CARA MEMBUAT
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga kelapa jadi ringan dan kering.

Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment