Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI

HIDUP BERDIKARI: RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI:



Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI
 BAHAN-BAHAN
Batang keladi - dibersihkan dan celur ( Kite beli yang dah siap siang....)
sedikit jus asam jawa
5 sudu besar lada kering kisar2 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun kesom

BAHAN DITUMBUK HALUS
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan serai serta bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. Biar hingga garing dan masukkan air secukupnya.

Biar hingga mendidih, masukkan batang keladi serta air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama sebab batang keladi tu dah dicelurkan..

No comments:

Post a Comment