Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: LAKSA JOHOR ASLI

HIDUP BERDIKARI: LAKSA JOHOR ASLI
Laksa johor original menggunakan ikan parang sebagai bahan utama di samping tulang ikan kurau untuk memberi rasa kepada kuah laksa dan penggunaan spageti sebagai laksa nya.


kepekatan kuah laksa, kuah laksa johor lebih pekat berbanding kuah laksa penang sebab kita makan laksa ori johor ni guna tangan sahaja.

Kuantiti bahan resepi laksa ori johor ini adalah untuk 3kg ikan dan anggaran 18-20 orang makan.Anda boleh ubah kuantiti ikut kemahuan ya.

BAHAN BAHAN
3 kilogram ikan kembung
3 batang serai saiz besar – diketuk
3 senduk gulai cili kisar
2 senduk gulai serbuk kari jenama Babas
200 gram tulang ikan kurau
1 liter santan pekat liter air untuk rebus ikan
1 senduk gulai kerisik
5 kepinga asam keping
3 cawan minyak masak
Gula garam penambah perisa secukupnya

BAHAN SAMPINGAN DAN ULAM-ULAMAN LAKSA JOHOR :
4- kotak spageti secukupnya. Rebus dengan sedikit minyak dan toskan
Bunga kantan dihiris halus
Daun kesum dihiris halus
Daun selasih dihiris halus
Bawang besar dihiris halus
Taugeh – Tak perlu celur (Buang akar dan tos )
Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong utk laksa Johor)Kalau Nak potong suka hati pun boleh.

BAHAN RESEPI SAMBAL BELACAN :
10 biji cili padi
15-20 biji lada merah
1 inci belacan bakar

Potong pendek cili dan goreng sehingga layu. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama sedikit air masak.

Kisar halus dan perasakan sedikit ikut

BAHAN-BAHAN KISAR :
8-10 biji bawang merah besar  anggaran saiz bola pingpong.
15 ulas bawang Putih
2 jnci halia
2 cawan udang kering tebal

Kisar semua bahan di atas dan ketepikan dahulu.

CARA PENYEDIAAN LAKSA JOHOR

Rebus dulu ikan sehingga masak dengan 1 liter air untuk 3kg ikan. Baru asingkan isi ikan pada satu bekas dan bekas lain untuk tulang serta kepala ikan.Kisar tulang dan kepala ikan bersama sedikit air rebusan.

Dan tapis untuk masukkan ke dalam kuah laksa.Kisar juga aair dan isi ikan.Yang ni tak perlu tapis.Simpan baki air rebusan ikan.

Rendam dulu tulang ikan kurau dengan air dan sedikit garam dalam anggaran sejam untuk kurangkan rasa masin.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan serai yang diketuk dan cili kisar.Masak hingga mula pecah minyak dengan api sederhana.

Tambahkan serbuk kari dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.

Baru masukkan isi ikan kisar,hasil tulang dan kepala ikan kisar ,santan,tulang ikan kurau,asam keping,kerisik dan juga baki air rebusan ikan. Jangan masuk kesemuanya.Ikut tahap kepekatan kuah laksa johor yang kita mahu.

Masak hingga mendidih baru perasakan dengan garam gula serbuk perasa ikut selera.Bila dah pekat , tutup api.

Dah siap semuanya, barulah boleh hidang dengan spageti tadi,ulam ulaman beserta sambal belacan dan asam limau kasturi..

No comments:

Post a Comment