Ayam panggang ialah ayam yang disediakan sebagai makanan dengan kaedah memanggang sama ada di dapur rumah, di atas unggun api atau di rotisserie profesional. Lazimnya, ayam dipanggang di dalam lemak dan jusnya dengan menggolek atau memutarkan ayam tersebut ketika dipangggang, dan selalunya didedahkan kepada api atau haba dengan gril berputar supaya pergerakan lemak dan jus tadi adalah efisyen seboleh mungkin dan tidak mengeringkan ayam Ayam panggang ialah satu juadah yang boleh didapati dalam masakan seluruh dunia., bukan direbus) supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.
RESEPI AYAM PERCIK
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
1 liter santan
10 batang serai di titik
6 cm lengkuas di hiris
1/2 helai daun kunyit di hiris halus
1 sudu besar gula merah
garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 1/2 cm halia
2 1/2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
Kacau dan balik-balik ayam selalu.
Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
Angkat kuah dan siram ke atas ayam.
No comments:
Post a Comment