Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa. Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain.
RESEPI BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang merah
hiris3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawing)
santan 1/2 cawan
200 gm daging - potong kecil
2 genggam beras
2 cm halia – hiris
sedikit udang kering - tumbuk halus
sedikit halba
segenggam lobak masin - hiris nipis
garam secukupnya
1/2 sudu teh lada hitam2
ulas bawang putih - hiris
CARA MASAK BUBUR LAMBUK
mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.
kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.
bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.
akhir sekali, bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.
bagaimana mudah je kan? resepi bubur lambuk yang saya kongsikan dan jangan risau ketika masukan lobak masin sebab bila sudah masak lobak masin ini dianya tak masin.
No comments:
Post a Comment