Monday, 2 April 2018

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KARI AYAM UMBUT PISANG

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KARI AYAM UMBUT PISANG:

Batang Pisang merupakan komponen utama dalam pokok pisang yang mempunyai beberapa lapisan kulit dan tumbuh menegak tanpa cabang. Batang pisang mengandungi air yang banyak dan ada ruang udara didalamnya. Di bahagian tengah batang pisang adalah bahagian tisu lembut berwarna putih yang dipanggil sebagai umbut pisang atau empulur pisang.


Umbut Pisang boleh diperolehi dengan memotong batang pisang (pilih jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Nipah, Pisang Berangan, Pisang Awak) dan sebaginya untuk dijadilan umbut pisang. Bagi kegunaan sendiri batang pisang dtpotong sepanjang 1.0 - 1.5 meter dan dibuang bahagian kulit luar berwarna coklat kehitaman selapis demi selapis sehingga sampai kebahagian umbut pisang dibahagian tengah yang berwarna putih cerah. 

Belum banyak maklumat mengenai kandungan permakanan atau nutrisi yang terkandung dalam umbut batang pisang. Ia sesuai untuk dijadikan ulam.

KARI AYAM UMBUT PISANG

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
1 batang Umbut Pisang dibersihkan
1 paket serbuk kari
santan pekat
garam
serbuk perasa
sedikit air
Minyak masak

BAHAN DIKISAR
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4-5 ulas bawang merah
7-10 btg cili kering

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan bahan  yang telah dikisar dalam periukMasukkan kari dan tumis hingga keluar bau

masukkan ayam dan umbut pisangmasukkan santan dan bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Masukan air sekiranya santan pekat. Masak ikut kesesuaian masa.kalau umvbut dah lembut matikan api dan makanan siap

HIDUP BERDIKARI: RESEPI GULAI BATANG PISANG DENGAN TULANG

HIDUP BERDIKARI: RESEPI GULAI BATANG PISANG DENGAN TULANG:

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.



Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.


Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan peda


GULAI BATANG PISANG DENGAN TULANG

BAHAN-BAHAN
500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.

1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)

serbuk kari daging

santan

1 tangkai daun kari

2-3 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 sudu besar cili boh

Sedikit air asam jawa

Minyak Makan

Air

Garam, gula


BAHAN DIKISAR
4 ulas bawang merah

5 - 6 ulas bawang putih

1 inci halia


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan Minyak.


Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.


Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.


Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.


Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang. Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.


Tambahkan air asam, garam, gula secukupnya.Masak sebentar. Siap utk dihidang.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SUP SAYUR PETOLA BEBOLA IKAN

HIDUP BERDIKARI: RESEPI SUP SAYUR PETOLA BEBOLA IKAN:

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.


RESEPI SUP SAYUR PETOLA BEBOLA IKAN
 
BAHAN-BAHAN
1 batang petola, dibuang kulit kerasnya dan dipotong ikut suka
1 packet fish balls
2 biji bawang merah -  dimayang
1 biji bawang putih - dimayang
ikan bilis
sedikit serbuk lada putih
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang.

Masukkan ikan bilis.Masukkan serbuk lada putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan fishball. tumis sehingga fishballs kembang dari saiz asal.

Masukkan petola dan kacau seketika sehingga petola agak layu.

Tuang air secukupnya. Perasa dgn sedikit garam dan gula.


Siap untuk dihidang.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KERABU PERUT

HIDUP BERDIKARI: RESEPI KERABU PERUT:

Definisi Kerabu : makanan yg dibuat drpd hirisan mentimun atau sayur-sayuran yg dicelur serta dibubuhi kelapa parut, garam, lada dll.



RESEPI KERABU PERUT

BAHAN BAHAN
1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan
2 btg serai - mayang halus
1/2 btg bunga kantan - mayang halus
1 biji buah tomato - potong kecil
1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus
cuka secukup rasa
sos ikan/sotong secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
boleh di tambah timun atau kacang panjang
potong halus dan taugeh sekiranya suka

PROSES PENYEDIAAN
Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul. 

Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata.

Siap untuk dihidang

HIDUP BERDIKARI: RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING

HIDUP BERDIKARI: RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING:

Bendi, kacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johorsahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. 



Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus

RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
10 batang bendi – potong serong
200g cawan isi ayam - yang dipotong kiub
sebungkus fish ball - dibelah dua
1-2  biji cili merah - hiris serong
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

DITUMBUK HALUS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili.

Goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.

Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.

Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa.

Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM ISTIMEWA

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM ISTIMEWA:

Nasi ayam merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.


NASI AYAM ISTIMEWA

UNTUK REBUS
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

UNTUK PERAP
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

UNTUK NASI
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

PROSES MASAK NASI
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

UNTUK SOS
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

UNTUK SUP
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

UNTUK KICAP
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM HAINAN

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM HAINAN:

Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.


RESEPI NASI AYAM HAINAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4 inci halia muda
2 batang daun bawang saiz 1 inci

BAHAN BUAT NASI AYAM HAINAN
2 cawan beras – di basuh dan di rendam 10 minit
1 sudu kecil sesame oil
2 sudu besar chicken fat
3 ulas bawang putih – di cincang
1 inci halia muda – di cincang
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt

BAHAN SOS AYAM
3 sudu besar air rebusan ayam
5 sudu besar light soya sauce
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
1 1/2 sudu besar gula

BAHAN SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu besar sos cili sriracha
4 cili merah
sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil gula
1 inci halia
 sedikit garam

CARA MASAK NASI AYAM HAINAN
Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam.
Masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan beras dan goreng selama 2 minit.
Masukkan minyak sesame dan garam.
Masukkan air rebusan ayam dan beras dalam periuk elektrik.

CARA MASAK AYAM HAINAN
Lumur ayam dengan garam bahagian luar dan dalamnya.Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.

Letakkan ayam dalam periuk besar. Rendam dengan air setinggi 1 inci.

Masak hingga air menggelegak.

Lepas tu, perlahankan api selama 30 minit. Cucuk paha ayam dengan chopstik untuk melihat ayam sudah masak.Tutup api dan keluarkan ayam.

Rendam ayam dengan air ais agar menjadikan ayam rangup dan lembut.Buang halia dan daun bawang.

Lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam.

Potong beberapa bahagian ayam dan tuang sos ke atasnya sebelum dihidangkan.

Untuk membuat sos cili, kisar semua bahan sos sehingga halus

HIDUP BERDIKARI: RESEPI CHICKEN CHOP

HIDUP BERDIKARI: RESEPI CHICKEN CHOP:


Chicken Chop merupakan salah satu makanan barat yang agak popular juga di Malaysa dan negara negara Asean yang lain. Resepi untuk membuat Chicken Chop

RESEPI CHICKEN CHOP

BAHAN UNTUK AYAM
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN PERAPAN
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

BAHAN SOS
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

PROSES PEMBUATAN
 Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.

Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.

Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.

Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.Masukkan tepung dan goreng sekejap.

Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.

Reneh kuah ini sehingga ia memekat.Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.

Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.

Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.

Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.