Sunday 15 September 2019

KERABU TELUR BELANGKAS


Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas keluarkan telur dan isi
2 biji tomato | dipotong
1 biji timun | dihiris nipis
1 cawan hirisan batang saderi
5 biji cili padi | dihiris nipis
2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan atau sotong
Sedikita hirisan daun ketumbar
Gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Celur telur belangkas dan isi seketika dan toskan.

Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan telur belangkas.

Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya.


BELANGKAS MASAK CILI


Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda

BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas – dipotong di bersihkan dan di rebus
2 biji telur ayam
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula
2 tangkai daun bawang  - untuk hiasan
1/2 biji bawang besar  - di cincang
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 sudu cili kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kari
sedikit minyak masak
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang hingga naik bau

2. Masukkan cili kisar,serbuk kari,kicap cair dan bahan perasa

3. Tumis hingga terbit minyak,dan masukkan belangkas serta telur yang telah dipukul

4. Biarkan beberapa minit sehingga masak

5 .angkat dan hidangkan


ASAM PEDAS BELANGKAS

BAHAN BAHAN
1 Ekor belangkas ada telur  - di bersihkan dan belah ikut suka
1 cawan air asam jawa +air secukupnya
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - ketuk
daun kesum secukupnya
garam, gula@perisa secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN DIKISAR
15 tangkai lada kering- rebus dan toskan
3 biji bawang merah
2 bawang putih
1 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, halia, lada hitam dan juga serai titik. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya, Didihkan.

Masukkan belangkas, daun kesum dan teruskan masak. Sesekali balik2kan ketam agar masak rata. Akhir sekali masukkan garam dan gula@perisa secukup rasa . *Jika suka boleh masukkan tomato/bendi.


Siap untuk dihidang

LOKAN ASAM MANIS

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat
BAHAN BAHAN
  • 1/2 cawan isi Lokan segar (atau yang telah direbus)
  • isi nenas potong kecil
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 6 biji cili padi hijau
  • 6 biji cili padi merah
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1 pokok kecil daun ketumbar, hiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 camca besar cili kisar
  • 3 camca besar sos cili Thai
  • 2 camca besar sos Plum
  • 1/4 cawan air
  • 1 camca teh gulaSos ikan secukup rasaSedikit daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan 3 camca besar minyak dala kuali, tumis bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.Guna api kecil dan kacau selalu.
  • Tambah sos cili thai, sos plum dan air, kacau rata.Tambah daun limau purut dan kerang, kacau rata.
  • Masukkan bawang besar, cili padi, nenqs ,gula dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan daun ketumbar yang dihiris tadi.
  • Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Sedap dimakan panas.