Sunday 15 September 2019

KERABU TELUR BELANGKAS


Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas keluarkan telur dan isi
2 biji tomato | dipotong
1 biji timun | dihiris nipis
1 cawan hirisan batang saderi
5 biji cili padi | dihiris nipis
2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan atau sotong
Sedikita hirisan daun ketumbar
Gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Celur telur belangkas dan isi seketika dan toskan.

Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan telur belangkas.

Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya.


No comments:

Post a Comment