Saturday 28 September 2019

KERABU SOTONG MANGGA

BAHAN BAHAN
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka


CARA PENYEDIAAN
Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.

Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.

Bila masak angkat dan toskan.


BAHAN BAHAN LAIN DIMAYANG HALUS
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan bahan mayang kemudian gaul sekata.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

KERABU TOMATO

BAHAN BAHAN
3 biji buah tomato 
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah *
3 biji cili padi * (Pilihan jika suka pedas)
Sedikit belacan & garam *
1 sudu kecil gula


CARA MEMBUAT
Buah tomato dipotong nipis-nipis & masukkan kedalam satu bekas. Ketepikan.

Tumbuk bahan-bahan bertanda* sehingga lumat. (Seeloknya 
tumbuk dengan lesong batu...jangan guna blander)

Masukkan bahan tumbuk ini kedalam bekas tomato tadi.

Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris, bersama dengan gula.

Gaulkan tomato, kemudian simpan tomato dalam peti sejuk, supaya dia sebati.Simpan sekurang-kurangnya 20 minit.

Hidangakan kerabu tomato nie bersama nasi putih panas-panas atau
enak dimakan bersama nasi tomato. 


KERABU SOTONG

BAHAN BAHAN
6 ekor sotong 
2 biji bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
10 biji cili api - dipotong 
3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai - dipotong halus
1 @2 biji asam limau - perah air
1 sudu sos ikan (kalau ada)
Gula, garam dan sedikit serbuk perisa


PROSES PENYEDIAAN
Rebus sotong seketika kemudian toskan
Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan2 yang telah dipotong
Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
Agak2 jer ada rasa masin, sedikir manis dan masam.....

DAGING SIAM

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

BAHAN BAHAN
600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan    
1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

PROSES PENYEDIAAN
Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus.

Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api.

Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat.

KERABU KERANG

BAHAN BAHAN
1 kg kerang
2 biji limau nipis - perah ambil jus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
Air asam jawa - biar pekat sikit
Garam
Serbuk perasa
Tomato cherry - belah 2
Daun ketumbar - hiris

BAHAN DITUMBUK
4 tangkai cili padi hijau
4 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Kerang dibasuh bersih. Masakkan air hingga mendidih. Selepas mendidih, baru dimasukkan kerang dan dikacau dalam beberapa minit.

Kemudian tuang ketulan ais ke dalamnya. Kacau lagi dalam 20-30 saat. Buang air dan tinggalkan ketulan ais sahaja. Tutup api dan bolehlah dikopek kerang. Itu petua untuk menjadikan kerang kita tidak kecut.

Masukkan semua bahan lain dalam bahan tumbuk. Gaul rata. Gaul kerang dengan semua bahan di atas.

Akhir sekali, masukkan buah tomato dan daun ketumbar serta tabur sedikit serbuk perasa, jika suka. Siaaap.

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN BAHAN
1 ikat pucuk paku
1 sudu besar udang
5-6 tangkai cili api, dihiris nipis
sedikit belacan
sedikit kerisik
4 ulas bawang kecil, dihiris nipis
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
Rendam udang kering, keringkan air dan tumbuk bersama belacan yang dipanggang.

Celur pucuk paku dalam air panas selama 2-3 minit, angkat dan toskan.

Gaulkan pucuk paku bersama bahan tumbuk, cili api, kerisik, dan santan serta garam secukup rasa.

KERABU PEGAGA

BAHAN BAHAN
1 cekak daun pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1/2 bawang besar
1/2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu santan pekat

BAHAN TUMBUK
5 cili padi merah
sikit belacan
1 genggam ikan bilis/udang kering

1. Basuh dan hiris daun pegaga
2. Dalam bekas besar masukkan daun pegaga,garam,gula,bahan tumbuk dan gaul rata
3. Tambah santan pekat dan perahkan limau
4. sesuaikan rasa

KERABU PERUT

BAHAN BAHAN
1 cekak daun pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1/2 bawang besar
1/2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu santan pekat

BAHAN TUMBUK
5 cili padi merah
sikit belacan
1 genggam ikan bilis/udang kering

PROSES PENYEDIAAN
1. Basuh dan hiris daun pegaga
2. Dalam bekas besar masukkan daun pegaga,garam,gula,bahan tumbuk dna gaul rata
3. Tambah santan pekat dan perahkan limau
4. sesuaikan rasa

KERABU SUHUN

BAHAN BAHAN
  • 6 gulungan suhun
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 2 batang serai
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1 bahagian dada ayam
  • jus limau nipis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • sos ikan secukupnya
  • sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Celur suhun sekejap dan toskan.
  • Ayam,udang dan sotong juga di rebus.Buang kulit udang.
  • Bawang besar,tomato cili padi dan serai di potong nipis
  • Daun bawang dan daun sup di potong anggaran setengah inci.
  • Suhun yang telah di celur tadi di gaulkan dengan semua bahan di atas hingga rata serta secukup dan sesedap rasa yang di inginkan.

KERABU TAUGEH

BAHAN BAHAN
2 cawan taugeh - diredam air panas sekejap
4 batang kacang panjang - dihiris bulat
2 biji cili merah- dihirs nipis
2 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang merah untuk ditumbuk bersama ikan
1 ekor ikan - direbus
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan santan pekat
1/3 cawan kelapa parut - di goreng  tanpa minyak
garam secukupnya


PROSES PENYEDIAAN

Dalam mangkuk, campurkan taugeh, kacang, kerisik @ kelapa goreng,

cili merah dan bawang hiris.

Tumbuk ikan, lada hitam dan bawang merah hingga hancur.

gaulkan dengan campuran taugeh dan kacang panjang tadi.

Masukkan santan dengan garam, kacau hingga garam hancur dan

gaul bersama campuran sayuran tadi.



Monday 23 September 2019

KERABU UDANG


BAHAN-BAHAN:
600 gm udang  -  dibelah belakang

500 gm taugeh
Sedikit kacang panjang - potong kecil
3 biji cili merah - dipotong memanjang
3 biji cili hijau - dipotong memanjang
5 batang serai dihiris nipis
100 gm cili padi - dihiris nipis
10 gm daun ketumbar - dihiris nipis
3 biji limau nipis - diperah jus
1 biji tomato
10 gm sambal belacan
sedikit sos ikan

PROSES PENYEDIAAN
Udang dan taugeh dicelur sekejap. Toskan.

Gaulkan dengan bahan yang dipotong dan hiris , campurkan jus limau , sambal belacan, sos ikan dan garam secukupnya hingga rata.

KERABU TELUR MASIN


BAHAN-BAHAN:
Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)

1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) - terpulang la kepedasan masing2
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 kacang botol (hiris halus)
1 tomato (dipotong)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

PROSES PENYEDIAAN
1. Mula2 masukkan bawang, kacang botol,tomato, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar

2. Tambahkan jus limau kasturi & gula.

3. Gaul sebati.

4. Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.

5. Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.

6. Sedia dihidang.

KERABU SARE

BAHAN-BAHAN:
200 gm sare – rendam 8 jam

BAHAN KISAR
8 tangkai cili kering – kisar
6 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 cm halia – kisar
1 cawan santan pekat
½ sudu besar budu
3 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil cuka

BAHAN SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
5 tangkai cili merah – hiris
1 ekor ikan kembung – rebus ambil isi
1 cm halia
½ sudu kecil garam

PROSES PENYEDIAAN

Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan terbit minyak.

Masukkan budu dan cuka. Kacau sebati.

Masukkan santan dan kacau hinggapekat.Ketepikan.

UNTUK MEMBUAT SAMBAL KELAPA
Sangai kelapa hingga bertukar warna keperang-perangan.

Tumbuk ikan rebus bersama garam dan halia.Gaul kelapa, cili merah dan ikan yang telah ditumbuk rata.

Hidangkan bersama kuah tumisan dan kerabu sare.

Gaulkan sambal kelapa, kuah tumis dan sare.

KERABU PELAM


BAHAN-BAHAN:
2 biji Mempelam (separuh masak)
5 biji cili padi (dimayang)
3 biji Bawang merah (dimayang)
Sedikit Udang kering
Sedikit Kacang tanah (ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN
Mempelam dihiris nipis memanjang ( boleh juga di sagat memanjang).

Tumbuk sedikit cili bersama udang kering.

Kemudian, gaulkan kesemua bahan tadi didalam bekas sehingga rata.

Masukkan gula dan garam. Gaul rata dan sesuaikan rasa pedas dan manis.

KERABU AYAM

BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1 labu bawang besar – hiris
3 biji tomato -hiris
10 tangkai cili padi – hiris
5 helai daun limau purut – hiris
½ biji timun – buang empulur danpotong panjang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
Garam & gula secukup rasa


PROSES PENYEDIAAN
Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan.

Selepas itu, carikkan isi ayam dan gaul rata bersama bawang besar, cili padi, daun limau purut dan timun.

Kemudian masukkan cuka, sos cili, garam dan gula. Gaul sebati.


KERABU AYAM MANGGA


BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam

1 labu bawang besar – hiris
3 biji tomato -hiris
10 tangkai cili padi – hiris
5 helai daun limau purut – hiris
½ biji timun – buang empulur danpotong panjang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
Garam & gula secukup rasa


PROSES PENYEDIAAN
Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan.

Selepas itu, carikkan isi ayam dan gaul rata bersama bawang besar, cili padi, daun limau purut dan timun.

Kemudian masukkan cuka, sos cili, garam dan gula. Gaul sebati.

KERABU BETIK


BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk betik muda yang disagat panjang

1 biji limau nipis - amik jusnya
1 biji tomato (hiris halus)
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai )
Sos ikan(fish sauce)
Perasa (jika suka)
kangkung dan kacang panjang
sedikit kacang tanah yang digoreng
sedikit udang kering thai (warna oren tu)


PROSES PENYEDIAAN
Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut.

Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. Masukkan tomato gesek lembut je,

Masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sesuaikan rasa, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam.

Dalam mangkuk lain satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang

KERABU BRONOK


BAHAN-BAHAN:

Beronok

Buah mangga / daun selom
Bawang merah besar @ kecil
Beras yang disangai dan dikisar
Garam
Gula
Kerisik
Air asam jawa
Cili besar / padi yang dikisar
Kelapa parut
Belacan

PROSES PENYEDIAAN
1. Potong, hiris dan kisar bahan-bahan selain beronok kemudian asingkan.

2. Cuci beronok sebelum dibelah. Belah tengah dan buang lumpur dalam badannya.

3. Inilah rupa beronok setelah dibelah. Ia akan menjadi sedikit keras.

4. Cuci bersih lagi sekali bersama air asam atau limau. Pastikan semua lumpur dibersihkan.

5. Potong beronok sehingga menjadi halus dan mudah untuk dimakan.

6. Campurkan semua bahan yang telah siap dipotong, hiris dan kisar tadi bersama beronok yang siap dipotong halus.

7. Gaul sebati sehingga semua kerabu sebati dengan beronok. Selamat mencuba!

KERABU BELIMBING BULUH


BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk belimbing buluh(hiris nipis)
3 ekor ikan selayang@sardin (rebus.. Ambik isi)
3 biji bwg merah kecik
Cili padi(terpulang nak pedas mana)
Belacan besar ibu jari
Garam

CARA PENYEDIAAN
Masukkan belimbing yg dihiris td ke dlm mangkuk besar@besen
Masuk ikan yg diperisi td..
Tumbuk cili padi dgn belacan
Hiris bwg masukkan semua ke dlm besen.. Gaul rata
Rasa dgn garam.. Masuk dlm peti ais dulu br sedap

KERABU BEKO


BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 tangkai pucuk beko
kelapa muda yg diparut
Santan
Cili Merah
3 ekor ikan rebus
sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

CARA-CARANYA:
1. Pucuk beko dibakar terlebih dahulu sehingga layu dan dipotong halus
2.Masukkan bawang putih dan bawang merah yg ditumbuk bersama lada hitam dan ikan rebus
3. Masukkan cili merah dan bawang besar dan gaul bersama
4. Masukkan garam dan sedikit santan
5. boleh dihidangkan ...


KERABU DAGING PANGGANG

BAHAN BAHAN
300 gm daging (dipanggang & dihiris nipis)
2 batang serai (dihiris nipis)
1 ½ sudu besar beras pulut (digoreng & ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
½ cawan daun pudina
1 biji limau nipis (diambil airnya)
½ cawan daun ketumbar
3 tangkai daun bawang (dihiris)
1 sudu teh gula halus
3 sudu besar sos ikan
½ camca teh serbuk cili

PROSES PENYEDIAAN
Satukan semua bahan dan gaul rata. Hidangkan.

KERABU IKAN BILIS

BAHAN BAHAN
Satu cawan ikan bilis 
Satu biji mangga muda 
Setengah cawan kacang tanah 
4 keping daun salad 
1 biji bawang kecil 
3 biji cili api 
1 biji limau nipis diperah airnya 
1 sudu gula pasir

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan bilis dan kacang tanah dan ketepikan 
hiris mangga muda dan bawang nipis-nipis 
hiris daun salad dalam ukuran 1 inci 
hiris cili api nipis-nipis dan campur dengan air limau nipis dan juga gula 
kemudian gaul dengan kesemua bahan-bahan diatas.