BAHAN BAHAN
4cwn Beras Pulut
2-3sb Minyak
Air
Garam
Beras pulut dicuci. Masukkan air separas beras sahaja. Letak minyak dan garam.
Cara 1
Tanak dalam rice cooker macam masak nasi biasa
*pulut tidak terlalu berbiji
Cara2
Masak atas dapur sampai semua air meresap. (Sesekali kacau supaya tak melekat). Masukkan dalam tapis kemudian kukus sampai masak
*pulut lebih nampak berbiji
SERUNDING KELAPA
2bj Bawang Besar (kisar)
3ulas Bawang Putih (kisar)
4sb Udang Kering (kisar)
2sb Cili Kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Serbuk Kunyit
Tumis semua bahan sampai pecah minyak
2sb Gula
1sk Garam
Air Asam Jawa
Masukkan gula, garam & air asam jawa. Seimbangkan rasanya
1bj Kelapa Parut
Bila rasa dah seimbang, baru masukkan kelapa parut. Gaulkan sekata. Masak sehingga sedikit kering. Kacau sekali sekala agar kepala tidak hangus
Bila dah siap. Ambil pulut, kepalkan, dan golekkan dalam serunding kelapa.
No comments:
Post a Comment