BAHAN BAHAN
Karamel
6sb Gula
1cwn Air Panas
Masak gula dalam non-stick pan sehingga berwarna perang keemasan. Kemudian masukkan air panas perlahan-lahan, dan masak lagi sehingga gula larut. Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika
Puding
7kpg Roti Gandum Penuh
1 3/4tin Susu Cair
5sb Gula
5bj Telur
1sk Esen Vanila
Carikkan roti dan masukkan ke dalam pengisar dengan kesemua bahan lain. Kisar sehingga halus. Kemudian asingkan 2-3 cawan adunan tadi
2sb Serbuk Koko
Masukkan serbuk koko ke dalam adunan yang di asingkan tadi. Kacau sehingga sebati. Ketepikan dahulu
Adunan yang selebihnya dimasukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi. Kukus selama 20min
Apabila lapisan pertama sudah masak. Buka penutup kukus dan biarkan ia merata. Kemudian baru tuangkan adunan yang dibancuh serbuk koko tadi. Kukus lagi selama 30-40min
Bila sudah masak, biarkan ia sejuk dahulu, kemudian baru diterbalikkan. Boleh terus dinikmati atau disimpan sejuk
No comments:
Post a Comment