Sunday 22 September 2019

CIP UBI KAYU BEREMPAH

BAHAN BAHAN
300g Ubi Kayu .
Ubi kayu dibuang kulitnya dan dipotong ikut citarasa masing-masing

1sk Garam
1sk Serbuk Ketumbar
1sk Serbuk Jintan Manis
1/2sk Serbuk Jintan Putih
1/2sk Serbuk Kunyit

Masukkan ubi kayu ke dalam mangkuk bersama kesemua bahan di atas. Gaulkan semuanya sehingga sebati. Jangan lupa

2ulas Bawang Putih
Bawang putih ditumbuk/cincang. Gaulkan pada ubi kayu dan sedia untuk digoreng

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga keperangan. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan

Boleh dinikmati begitu sahaja atau dicicah dengan sos kegemaran anda

No comments:

Post a Comment