Saturday 28 September 2019

KERABU SOTONG MANGGA

BAHAN BAHAN
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka


CARA PENYEDIAAN
Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.

Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.

Bila masak angkat dan toskan.


BAHAN BAHAN LAIN DIMAYANG HALUS
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan bahan mayang kemudian gaul sekata.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment