Sunday 22 September 2019

RESEPI KUIH BAKAR DAGING



BAHAN BAHAN INTI
250 gms daging ( 1/4 kg ) _ dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah daging ( sy guna baba's )
1 labu bawang besar _ dicincang
Sedikit daun sup ( sy tambah )
Garam/aji secukup rasa

BAHAN BAHAN A
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

PROSES PENYEDIAAN
1. Untuk inti ~ Panaskan kuali dan bubuh 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.

2. Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.

3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.

4. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.

5. Untuk adunan tepung ~ Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ). Kacau sampai rata.

6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.

7. Bubuh sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).

8. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.

9. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.

10. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.

11. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C api atas dan bakar guna api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.

12. Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.

13. Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.

14. Hidang bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment