Sunday, 22 September 2019

BELANGKAS MASAK LEMAK

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah Carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang baik. Darah belangkas adalah berwarna biru disebabkan oleh kehadiran ion tembaga(II) dalam protein hemosianin yang diguna pakai oleh belangkas untuk mengangkut oksigen dalam darah

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor belangkas
  • 1 biji kelapa parut – ambil dua mangkuk santan
  • 2 biji tomato – dipotong empat
  • 1 tangkai cili hijau – dibelah dua
  • 1 tangkai cili merah – dibelah dua
  • 10 tangkai cili api – ditumbuk
  • 2 cm kunyit hidup – ditumbuk
  • 1 camt biji ketumbar – ditumbuk
  • 1/2 camt jintan halus – ditumbuk
  • 1/2 camt jintan kasar – ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah – ditumbuk
  • Secukupnya garam dan serbuk perasa
  • Daun kunyit

PROSES PENYEDIAAN
  • Siang belangkas dan bersihkan.
  • Campurkan bahan tumbuk  ke dalam santan.
  • Jerang diatas api yang perlahan dan kacau supaya santan tidak pecah.
  • Masukkan belangkas, tomato, cili hijau, cili merah dan garam.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan daun kunyit.  Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment