Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.
Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.
- 4 keping tauhu – dipotong dua (potongan segitiga)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 biji bawang besar – dihiris kasar
- 2 senduk nasi cili kering kisar
- 1 biji bawang besar – dikisar
- 3 ulas bawang putih – dikisar
- Sedikit air (sekiranya perlu)
- Minyak secukupnya untuk menumis
- Gula dan garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
- Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk/kuali. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak. Gunakan api kecil dan rajin gaul.
- Setelah cili masak, masukkan gula, kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik.
- Kemudian baru masukkan sos cili dan garam. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
- Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata. Biar ia mereneh di atas dapur sekejap.
- Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau bagi sebati dan bolehlah ditutup api. Hidangkan