Siput kemudi (atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'siput peha ayam' atau dalam bahasa inggeris ia adalah sebagai 'pen shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. siput ni agak lembut dari segi lembut cengkerangnya walaupun nampak gagah. boleh dimasak pelbagai resepi seperti kerang kerangan yang lai. boleh cuba masak dan cuba rasa.
BAHAN-BAHAN:
- 300 gram isi Siput Kemudi
- 1 biji bawang besar dikisar halus
- 5 biji cili padi dikisar halus
- 2 batang serai dikisar halus
- 2sm halia dikisar halus
- 2sm lengkuas dikisar halus
- 2 camb serbuk kari dibancuh dgn sedikit air
- 5 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit dicarik
- 1 camt serbuk lada hitam
- Gula
- Garam
- Serbuk perisa
PROSES PENYEDIAAN
- Tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari, daun limau purut dan daun kunyit.
- Kacau hingga garing. Masukkan siput, serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
- Kacau hingga siput masak. Sedia utk dihidangkan.
- Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment