Saturday, 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK KARI KERING

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan dagig tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging tetel
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
  • 100 ml air
  • 125 ml santan pekat
  • Lada sulah secukup rasa

 

BAHAN B

  • 2 labu bawang besar dihiris halus
  • 4 cm halia dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • Setangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar cili kisar

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Perap daging bersama serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
  2. Tumis bahan A hingga kekuningan. Masukkan air, santan, garam dan lada sulah secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan daging. Masak hingga kuah kering.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment