Thursday, 30 September 2021

RESEPI ASAM PEDAS IKAN HARUAN

Asam pedas (Jawi: ‏اسم ڤدس‎‎; Bahasa Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia meluas dalam kalangan orang Melayu tidak sahaja di kawasan-kawasan lain pulau tersebut (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampailah ke serata Nusantara termasuk Kalimantan Barat di Borneo, dan Semenanjung Tanah Melayu  (terutamanya di Melaka dan Johor). Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.

BAHAN BAHAN

  • 500 gram Ikan Haruan - Siang dan bersihkan.Potong ikut suka
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 batang daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Air asam jawa
  • 2 cawan air
  • 5-6 batang bendi
  • Garam
  • Serbuk perasa (jika suka)

 

BAHAN KISAR:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering (direbus)

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak. Ambil 6-7 sudu besar bahan yang telah di kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  2. Setelah garing, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk kunyit serta serbuk perasa.
  3. Kemudian masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan sedikit lembut.
  4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan air. Tunggu sehingga air menggelegak.
  5. Akhir sekali masukkan bendi.
  6. Bila bendi dah lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment