Siput kemudi (atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'siput peha ayam' atau dalam bahasa inggeris ia adalah sebagai 'pen shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. siput ni agak lembut dari segi lembut cengkerangnya walaupun nampak gagah. boleh dimasak pelbagai resepi seperti kerang kerangan yang lai. boleh cuba masak dan cuba rasa.
BAHAN-BAHAN:
- 400 gram isi siput kemudi
- 2 senduk nasi cili kisar
- 3/4 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama baba's)
- Sedikit air
- 1/2 cawan jus asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
- 1 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
- 1 biji bawang besar, belah 6
- 1/2 inci halia, diketuk
- 5 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus, halia titik, dan juga daun kari hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga cili garing, gunakan api kecil.
- Masukkan jus asam jawa dan air, kacau dan masak hingga pekat.
- Masukkan kerang dan bawang belah. Kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Selamat mencuba!!...
No comments:
Post a Comment