Saturday, 2 October 2021

RESEPI GULAI DAGING TETEL

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan daging tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging tetel

 

BAHAN UNTUK MENUMIS

  • minyak masak
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji kenang potong ikut suka
  • 5 sdb rempah kari daging
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kg santan
  • 1 sdb garam bukit
  • 1 sdb gula

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Rebus daging hingga lembut
  2. Kisar bawang besar,bawang putih...kemudian tumis bersama bunga lawang, kayu manis dan halia yang dihiris hingga naik bau..
  3. Masukkan rempah kari dan setengah cawan air...kacau selalu hingga rempah masak
  4. Kacau selalu agar rempah tidak hangit..sehingga pecah minyak
  5. Kemudian masukkan kentan,dan daging biar renih dalam 1/2 jam..agar rempah sebati...
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat,garam dan gula...tggu hingga mendidih....siappp...

No comments:

Post a Comment