Saturday, 2 October 2021

RESEPI SUP TAUHU

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji tauhu lembut (saiz besar dipotong dadu)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 biji bawang merah india (dicincang kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 sudu kecil maggi cukup rasa
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur (dipukul sekejap)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tepung jagung (gaul dgn sedikit air)
  • Sedikit daun bawang/daun ketumbar
  • Sedikit bawang putih goreng

 

PROSES PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air dan biar menggelegak. Masukkan ayam.
  2. Masukkan juga tauhu. Biar mereneh dalam 3 minit. Masukkan serbuk lada dan telur yang dipukul tadi, tuang sedikit2 hingga habis sambil dikacau2.
  3. Masukkaj sos tiram, garam dan maggi cukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung sambil dikacau sehingga kuah nampak sedikit pekat. Tutupkan api.

 

No comments:

Post a Comment