Saturday 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK SAMBAL KERISIK

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan dagig tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging tetel
  • 1/2 cawan kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
  • 4 sudu besar kerisik
  • 50 ml santan
  • 2 batang serai (dititik)
  • Bahan Tumis:
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • Bahan Kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 8 biji cili kering

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Sediakan bahan-bahan. Bersihkan daging dan hitis nipis.
  2. Panaskan minyak dan tumis Bahan Tumis bersama serai.
  3. Kemudian masukkan Bahan Kisar sehingga bahan kisar pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan gaul sebati. Masak dengan api sederhana sehingga daging empuk.
  5. Kemudian masukkan santan, kicap dan kerisik. Kacau sebati sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam.
  6. Sedia untuk dihidang


No comments:

Post a Comment