Saturday, 2 October 2021

RESEPI SUP TAUHU CENDAWAN

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN-BAHAN

  • 2 pek tauhu telur (dipotong kecil)
  • 1 batang lobak (disagat memanjang)
  • 2 pek cendawan enok (dibuang akar)
  • 6 biji cendawan setake (dibahagi 4)
  • 600 ml air
  • 1 sudu besar garam (ikut kemasinan masing-masing)
  • 1/2 sudu besar secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 biji bawang putih (dilenyek dan dihiris halus)
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Sediakan bahan, kemudian goreng tauhu telur sehingga kekuningan hingga habis. Kemudian ambil sedikit minyak gorengan tadi (supaya kurang membazir minyak) dan panaskan ke dalam kuali.
  • Mulakan dengan menggoreng bawang hingga keperangan, kemudian masukkan cendawan setake dan juga lobak, goreng hingga sedikit empuk.
  • Selepas itu, masukkan air, garam dan juga secukup rasa. Apabila sudah kelihatan mendidih, masukkan cendawan enoki dan kacau sedikit-sediki hingga kelihatan masak.
  • Setelah masak, terus masukkan tepung jagung dan gaul sehingga kuah kelihatan pekat dan seterusnya masukkan tauhu telur tadi.
  • Gaul sebentar kemudian sup siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment