Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.
Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.
BAHAN-BAHAN
PROSES PENYEDIAAN
- 4keping tauhu- dipotong dua(potongan segitiga)
- 3 sudu besar sos cili
- Sedikit air (sekiranya perlu)
- Minyak secukupnya untuk menumis
- Gula dan garam secukup rasa
- 1biji bawang besar - dihiris kasar
- 2senduk nasi cili kering kisar
- 1biji bawang besar*
- 3ulas bawang putih*
- *(dikisar)
PROSES PENYEDIAAN
- Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk/kuali. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.Gunakan api kecil dan rajin gaul...
- Setelah cili masak, masukkan gula, kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik..
- Kemudian bru masukkan sos cili dan garam.Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat. Masak sehingga kuah mendidih.
- Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata. Biar ia mereneh di atas dapur sekejap,kemudian masukkan bawang besar yg dihiris kasar dan kacau bagi sebati dan bolehlah ditutup api.
No comments:
Post a Comment