Saturday, 2 October 2021

RESEPI TAUHU STIM

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bekas tauhu lembut
  • 1 biji bawang besar
  • 2 helai daun bawang
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar minyak dari goreng bawang

 

PROSES PENYEDIAAN :

  1. Mulakan dengan tauhu, untuk memudahkan keluarkan tauhu dari bekas, hujung bucu setiap sudut di potong sedikit. Keluarkan perlahan-lahan dan terus basuh dan masukkan kedalam pinggan.
  2. Bawang merah dihiris halus dan digoreng. Apabila sudah garing, angkat dan toskan. Ambil 1 sudu besar baki minyak ini untuk dicampurkan dengan bahan kicap.
  3. Satukan kicap manis, kicap masin dan minyak dari menggoreng bawang merah. Masukkan bahan ini keatas tahu dan dibiarkan kukus selamat seminit.
  4. Apabila sudah masak. Keluarkan dan boleh la taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan cili. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja..

No comments:

Post a Comment