Wednesday, 29 September 2021

RESEPI TELUR SOTONG MASAK TELUR MASIN

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong. Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • Telur Sotong
  • Tepung Jagung
  • Lada Putih
  • 1 Biji Telur
  • Garam/Seasoning

BAHAN SOS:

  • 4 biji telur masin rebus
  • 3 ulas bawang putih, haluskan
  • cili padi, hakak guna cili besar
  • 3 sudu besar majerin/butter
  • lada putih
  • Daun kari


PROSES PENYEDIAAN

  1. Gaulkan telur sotong dengan telur, seasoning atau garam, lada putih. Masukkan tepung jagung. Jikalau dah cukup pekat tak perlu tambah air. Goreng hingga keperangan.
  2. Kupas telur masin yang telah direbus, ambil bahagian kuningnya sahaja. Lenyekkan dengan sedikit air. Ketepikan dahulu.
  3. Tumis majerin/butter, bawang putih, cili dan daun kari sehingga wangi. Tuangkan larutan telur masin, sedikit air dan lada putih, kacau rata dan kecilkan api.
  4. Masukan sotong goreng tadi, kacau hingga semua sotong tersalut sos. Sedia untuk dihidangkan!

No comments:

Post a Comment