Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.
Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.
BAHAN BAHAN
- 3 ketul telur sotong bersaiz besar - direbus dan dipotong kecil2
- 2 biji tomato - dihiris dadu
- 1 biji bawang besar - dipotong kecil
- 1 batang kacang panjang - dipotong kecil
- 1 genggam kacang tanah - digoreng tanpa minyak
- 2 biji buah mangga mangga - dicincang
- 2 biji lada besar - dihiris halus2
- 10 biji cili padi - dihiris halus
- 3 biji limau nipis/kasturi - ambil airnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- daun ketumbar sebagai hiasan
PROSES PENYEDIAAN
- Gaulkan kesemua bahan bahan di dalam bekas.
- Taburkan daun ketumbar dan taraaaaa.....siap untuk dihidang!!!
No comments:
Post a Comment