Wednesday, 29 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT BLACK PEPPER

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda. 

BAHAN BAHAN

  • 6-9 ekor sotong sederhana besar- cuci bersih
  • di rebus sebentar bersama sedikit halia & garam. Toskan


UNTUK INTI:

  • 1 biji kentang sederhana besar- dihiris kasar2
  • 1/2 btg carrot- dihiris kasar
  • 1 biji telur digoreng spt buat scramble egg.


SOS BLACKPEPPER:

  • 1/4 cwn sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 biji cendawan butang - dihiris
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 biji bawang putih - dicincang
  • secukup garam, gula & serbuk lada hitam & lada putih

PROSES PENYEDIAAN

  1. Kentang & carrot yg telah di rebus empuk di leceh2 kasar.Ada ruper cam begedil jgk. Telur di buat macam scramble egg. Satukan semua bahan tambahkan sedikit garam & serbuk lada putih. Ketepi dan biarkan ia sejuk sebentar.
  2. Sumbatkan inti kentang & carrot kedlm perut sotong sampai nampak kembung
  3. Tolak2 kan inti sampai kehujung bucu sotong..Apa bila sotong yg dah agak penuh sikit masukkan kepala sotong dan cucuk kan tooth pick

UNTUK SOS:

  1. Tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga harum
  2. Masukkan sos tiram & sos blackpepper.
  3. Biarkan mendidih sedikit.. kalau inginkan berkuah blh masaukkan air rebus sotong tadi dan masukkan sotong kacau perlahan dan biarkan ia masak seketika.
  4. Perasakan garam, gula & lada hitam. Sesuai kan rasa. Masak sebentar saja sbb sotong dah separuh masak tadi. Siap.


No comments:

Post a Comment